Sijil Halal Produk Shaklee Malaysia Tahun 2021 Disahkan
Jakim | Produk Shaklee diperakui Halal oleh Islamic Services of America (ISA).
ISA telah diiktiraf oleh JAKIM.
Kesemua produk Shaklee yang dijual di Malaysia telahpun
mendapat Sijil Halal daripada Islamic Services of America (ISA)
ISA telah diiktiraf oleh JAKIM (Malaysia) sejak penubuhannya pada tahun 1980-an.
ISA diiktiraf oleh Mother Mosque of Amerika, masjid tertua yang masih kekal di Amerika Syarikat, terletak di Cedar Rapids, Iowa.
Selain itu, Persatuan Muslim Amerika dan Pusat Islam di seluruh Amerika Syarikat memperakui ISA kerana integritinya dalam mengekalkan Piawaian Halal.
Terkini di tahun 2020, kesemua produk Shaklee mempunyai tanda logo halal yang sudah diletakkan pada botol produk Shaklee.
Produk Shaklee juga telah mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Setiap satu botol suplemen Shaklee, ada nombor kelulusan KKM.
Syarikat Shaklee Malaysia menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal daripada Islamic Services of America (ISA).
Hasil carian maklumat di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).
Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995 dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.
Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012 dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville. Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).
Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.
Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal
Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus
mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah Produk Lecithin,
Omega dan Vitamin E.
Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk produk Shaklee pasaran Malaysia.
ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara
yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.
Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was.
Produk Shaklee tidak ada kaitan dengan ekstrak babi atau seumpamanya. Kapsul yg digunakan adalah dari "bovine" gelatin yg halal.
Bovine adalah lembu. Kilang di sana juga telah mengasingkan penghasilan produk khusus untuk Malaysia, yang mana lembu-lembu disembelih cara Islam. Ada wakil pengedar dari Malaysia sendiri pergi untuk melihat sendiri proses tersebut. Jika anda ingin membeli vitamin yg berbentuk kapsul or softgel,pastikan kapsul yg digunakan adalah Bovine gelatin dan bukannya PORCINE gelatin.
Untuk pengetahuan kalian,
- BOVINE (lembu)
- PORCINE (babi/khinzir)
- HUMAN (manusia)
- AVIAN (burung)
- CAUSIAN (kerbau)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan