KERAP ALAMI PEDIH ULU HATI?
TAK MAMPU NAK TIDUR NYENYAK AKIBAT MASALAH GASTRIK?
TAK MAMPU NAK PUASA AKIBAT MASALAH GASTRIK?
Sejak dari zaman sekolah, dah biasa dengar penyakit
gastrik. Apa lagi bila tiba bulan puasa, makin kerap dengar tentang penyakit
gastrik ni. Pendek kata, penyakit ni antara yang popular di kalangan masyarakat
kita. Bagaimana pula dengan GERD? Jarang sangat Adaa dengar. Pertama kali
dengar pun bila diri sendiri di diagnos sebagai pesakit GERD. Bila orang tanya anda
sakit apa, dan kita jawab GERD, kebanyakan tak mengetahui tentang penyakit ni
dan kita pula sebab nak senangkan cerita, kata macam penyakit gastrik.
Sebenarnya, betulkah sama? Kalau tidak, apa pula perbezaan antara gastrik dan
GERD ni?
👉Pedih dalam perut
👉Cepat kenyang walaupun hanya makan dengan sedikit
👉Loya
👉Kembung
👉Hilang selera makan
👉Najis hitam/berdarah (gastrik kronik)
👉Muntah (gastrik kronik)
Bagaimana pula dengan GERD? Jika gastrik tadi terjadi akibat radang dibahagian lapisan perut, GERD pula lebih kepada radang dibahagian esophagus atau salur makan.
Dibahagian perut kita
yang bersambung dengan salur makan terdapat satu injap yang dipanggil Lower
Esophagus Splichter (LES). LES ini berfungsi menyekat pengaliran semula asid perut ke salur makan semasa proses penghadaman.
Asid refluks terjadi apabila LES gagal berfungsi dan tidak tertutup yang
menyebabkan asid perut yang dirembeskan semasa penghadaman makanan tadi
berbalik ke dalam saluran esophagus atau salur makan atau kerongkong. Apabila
asid ini berbalik ke saluran salur makan, struktur dinding esophagus tidak
mampu mengendalikan asid tersebut dan menyebabkan rasa terbakar yang dikenali
sebagai pedih ulu hati.
GERD pula terjadi apabila asid refluks berlaku dengan kerap atau lebih 2 kali dalam seminggu sehingga menyebabkan asid menghakis lapisan salur makan.
👉Radang atau pedih ulu hati
👉Sakit dada
👉Sukar menelan
👉Batuk kronik
👉Suara lebih kasar
👉Mual
👉Muntah
👉Pening
👉Perut kembung atau berangin
👉Sesak nafas terutama ketika berbaring
👉Sendawa kuat yang berlebihan
👉Kerisauan yang berlebihan (anxiety)
PUNCA GASTRIK DAN GERD
👉Pengambilan alkohol
👉Jangkitan bakteria virus Helicobacter Pylori
👉Anemia
👉Refluks Hempedu
👉Penyalahgunaan Dadah
👉Meminum racun
👉Stress Melampau
👉Jangkitan Kuman
👉Tak menjaga waktu makan

AGENT SHAKLEE PILIHAN ANDA.😀
TERIMA KASIH. SILA KUNJUNGI LAGI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan