KULIT KUSAM DAN KERING ?
KAMI KONGSIKAN 4 JENIS VITAMIN UNTUK KULIT KEKAL BAIK DAN SIHAT
Vitamin D (OSTENUTRIX)
Vitamin D selalunya terhasil daripada penyerapan cahaya matahari kepada kulit. Kolesterol akan ditukarkan kepada vitamin D apabila ianya berlaku. Ianya penting terutamanya kepada mereka yang menghidap masalah psoriasis. Vitamin akan diangkut ke dalam hati dan buah pinggang dimana ianya akan membantu dalam penghasilan kulit dan sel yang sihat.
Jumlah harian vitamin D yang disyorkan untuk diambil adalah sebanyak 600 IU dan ibu yang mengandung perlu untuk mengambilnya dengan kadar yang lebih banyak. Vitamin D boleh didapati melalui pendedahan kulit terhadap cahaya matahari selama 10 minit dan makan makanan yang mempunyai kandungan vitamin D yang tinggi seperti bijirin, jus oren, yogurt, ikan salmon, tuna dan juga ikan kod.
Vitamin C (SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS)
Vitamin C mempunyai khasiat dan fungsi anti-oxidan dalam melawan kanser serta fungsi dalam penghasilan kolagen untuk membantu individu mendapatkan kulit yang sihat. Disebabkan peranan vitamin ini terhadap penghasilan kolagen, ia mampu mengurangkan kesan kedutan pada kulit dan secara tidak langsung, ia akan menampakkan kulit wajah yang lebih muda. Ia juga mampu membantu dalam mengurangkan kerosakan dan kematian sel disamping mempunyai fungsi menyembuhkan luka pada kulit. Disebabkan itu, kita dapat melihat pelbagai produk kecantikan dan kesihatan kulit yang mempunyai kandungan vitamin C.
Disebabkan vitamin ini boleh didapati melalui pelbagai jenis makanan, penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C jarang dilihat. Namun begitu, tidak bermaksud kita boleh mengabaikan kepentingan vitamin ini dalam pemakanan seharian kita. Vitamin C terbaik adalah dengan memakan buah-buahan sitrus seperti buah oren dan strawberi, sayur-sayuran seperti brokoli dan sayur bayam, dan minuman seperti air oren. Dengan mendapatkan jumlah vitamin C yang cukup, seseorang dapat merawat masalah kulit kering, kemerahan, kedutan dan tompok-tompok penuaan.
Vitamin E (VITA E COMPLEX)
Kebaikan vitamin E ialah ia merupakan satu mikronutrien yang mempunyai fungsi anti-oxidant yang boleh melawan radikal bebas dan ianya berfungsi sama seperti vitamin C. Namun, fungsi utamanya adalah untuk memberi perlindungan kepada kulit daripada sinar cahaya UV matahari. Dengan mendapatkan perlindungan daripada cahaya UV matahari, seseorang yang mempunyai vitamin E yang cukup mampu mengelakkan daripada mendapat tompok hitam dan kedutan penuaan.
Secara amnya, vitamin E boleh terhasil daripada sebum kulit, iaitu bahan minyak yang terhasil daripada liang pori di permukaan kulit. Dengan keseimbangan kadar sebum pada permukaan kulit, ia mampu mengelakkan masalah kekeringan pada kulit. Selain itu, ia juga membantu untuk mengelakkan kulit daripada mengalami masalah keradangan kulit. Sumber Vitamin E ialah melalui pemakanan kekacang seperti kacang almond, kacang hazelnut dan kuaci. Vitamin E juga boleh diambil melalui pil suplemen ataupun krim sapu topikal.
Vitamin K (ALFALFA COMPLEX)
Ingat vitamin K, ingat sayur kale! Selain daripada sayur kale, vitamin K juga terdapat pada sayur-sayuran lain seperti sayur bayam, sayur salad, sayur kobis dan kacang hijau. Vitamin ini amat penting dalam fungsi pembekuan darah terutamanya ketika berlakunya kecederaan, luka, lebam dan juga ketika pembedahan dijalankan.
Dari segi kesihatan kulit, vitamin K mampu membantu dalam menghilangkan kesan tanda keregangan (stretch marks), parut, tompok-tompok hitam, dan juga kesan hitam pada bawah mata. Doktor selalu menggunakan krim yang mempunyai kandungan vitamin K terhadap pesakit yang baru sahaja menjalani pembedahan untuk mengurangkan kebengkaan dan kesan lebam. Walaubagaimanapun, kajian terhadap keberkesanan vitamin K terhadap kulit adalah kurang berbanding dengan vitamin E dan C.
Sumber : https://www.doctoroncall.com.my
TIPS MEMBELI SUPPLIMENT
Anda harus memilih pengedar yang yang boleh bantu anda guide cara pengambilan yang betul. Supaya anda mendapat kesan baik dari supplement dengan cepat dan tidak memudaratkan.
Jangan tunggu lagi!
NORIN KOMITED MEMBERIKAN SERVICE DAN LAYANAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA DAN MEMBANTU ANDA MENDAPAT KESAN YANG DIIMPIKAN.
AGENT SHAKLEE PILIHAN ANDA.😀
TERIMA KASIH. SILA KUNJUNGI LAGI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan