CARA KAWAL MASALAH PCOS (Polycystic ovary syndrome)

 ANDA DISAHKAN MENGALAMI MASALAH PCOS ?

MENGALAMI MASALAH PERIOD TAK TERATUR ?

SEDANG IKHTIAR UNTUK HAMIL ?

APA ITU PCOS ATAU POLYCYSTIC OVARY SYNDROME ?
Polycystic ovary syndrome atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

PCOS dan juga dikenali sebagai Stein-Levanthal Syndrome merupakan masalah berkenaan hormon wanita yang tidak seimbang. Masalah ini boleh menyebabkan gangguan pada kitaran haid serta yang paling ditakuti oleh para wanita adalah kesukaran untuk hamil.

Wanita dengan PCOS akan mengalami kitaran haid yang tidak tetap atau dalam tempoh yang lama (prolonged menstrual period) ataupun mempunyai lebihan hormon lelaki (androgen). Situasinya di mana, ovari menghasilkan banyak cecair folikel yang kecil dan gagal untuk melepaskan telur secara teratur.

SIMPTOM MASALAH PCOS
✅ Jerawat
✅ Berat badan bertambah dan susah untuk turun
✅ Bulu roma yang banyak di muka, perut, dada dan belakang badan.
✅ Suara parau
✅ Rambut kepala menipis
✅ Kitaran haid tidak menentu
✅ Ketidaksuburan
✅ Kemurungan

Ketidak seimbangan hormon dalam PCOS akan menjurus kepada masalah kesihatan yang lain seperti kencing manis jenis 2 dan masalah kardiovaskular.

KETIDAKSTABILAN PADA KADAR HORMON INI AKAN MENYEBABKAN

Kitaran haid menjadi tidak teratur dan sukar dijangka. Contohnya, anda mungkin mengalami kurang 9 haid dalam setahun, jarak antara 2 kitaran lebih dari 35 hari dan darah yang keluar adalah lebih banyak.

Pertambahan bulu pada muka dan badan (hisurtism), jerawat banyak keluar, dan rambut gugur mengikut pola lelaki. Semua ini disebabkan peningkatan kadar androgen (digelar hormon lelaki).

Sukar untuk hamil. Kitaran haid yang tidak teratur menyebabkan proses ovulasi (penghasilan telur) sukar dijangka, seterusnya mengurangkan kebarangkalian berlaku persenyawaan.

Ovari polisistik. Ovari (kilang telur) membesar dan di kelilingi oleh sista (kantung berisi air) menyebabkan fungsinya terganggu.

CARA KAWAL MASALAH PCOS
Rawatan untuk PCOS biasanya tertumpu kepada menyelesaikan masalah penghidap yang melibatkan perihal kesuburan, masalah kulit berjerawat, masalah berat badan atau hirsutism (abnormal growth of hair on a person's face and body, especially on a woman)

1) Kawal pemakanan
Lebihkan sayuran segar, buah-buahan, kekacang dan gandum tetapi kurangkan makanan yang tinggi gula, lemak dan kolestrol. Bagi yang mengalami masalah berat badan (obesiti) perlu amalkan makanan yang kaya dengan asid lemak (omega 3) serta diet rendah karbohidrat (GI rendah) bagi mengelakkan peningkatan tahap insulin dalam tubuh.

2) Amal gaya hidup sihat dan aktif
Senaman akan membantu mencegah rintangan insulin dan mengawal berat badan. Bergerak aktif juga dapat mengeluarkan hormon endorfin, boleh membuat kita merasa tenang dan kurang stress.

3) Kurangkan atau elakkan kafein
Kafein meningkatkan paras estrogen. Ini boleh mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.

4) Pengambilan vitamin/suplemen
Tubuh manusia amat memerlukan makanan tambahan atau vitamin untuk proses penyembuhan sebarang penyakit. Pengambilan suplemen yang berkualiti dapat menampung keperluan nutrisi yang kurang dari pengambilan makanan harian. Ia dapat membina sistem imun, meningkatkan tenaga, menstabilkan hormon serta menggalakkan peredaran darah pada tubuh dengan lebih efektif.

CADANGAN MAKANAN TAMBAHAN UNTUK  MASALAH PCOS
TESTIMONI PENGIDAP PCOS

TIPS MEMBELI SUPPLIMENT
Anda harus memilih pengedar yang yang boleh bantu anda guide cara pengambilan yang betul. Supaya anda mendapat kesan baik dari supplement dengan cepat dan tidak memudaratkan.

Jangan tunggu lagi!

NORIN KOMITED MEMBERIKAN SERVICE DAN LAYANAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA DAN MEMBANTU ANDA MENDAPAT KESAN YANG DIIMPIKAN. 
         
     AGENT SHAKLEE PILIHAN ANDA.😀

TERIMA KASIH. SILA KUNJUNGI LAGI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan